Friday 4 October 2013

Semester 3

Pejam celik tinggal 33 hari laginak exam wei.. Gila babeng la, paper repeat lagi.. Haish, tak apa ini semua untuk mas depan aku gak.. Tugas sebagai ketua pengawas pun dah berakhir.. Harap sebulan ni dapat fokus,, amin..

Saturday 1 June 2013

Cuti La..

Salam.. Lama tak update, malas nak tulis kat blog sebenarnya.. Haha.. Hope blogger semua sihat2..Sekarang ni tengah cuti sem2.. Tak tahu nak buat apa.. Duduk rumah je tolong mak kemas rumah..Ha, btw hari tu sehari je kerja.. Tu pun ikut catering.. Baru first time kerja dah kena macam2.. Tak kenal tak apa,,ada sorang budak perempuan ni cakap aku play boy..Tak nak macam sial pulak kan.. Suka2 dia je cakap macam tu.. Last2 tengok kat fb ada budak perempuan tu.. Dia yang play girl cakap aku pulak..Gila hot upenya budak perempuan tu.. Umo baru 16tahun kot.. Bajet macam besar je..Padahal kecik lagi.. Tak guna punya budak,, tak masal hilang mood aku nak kerja masa tu..Sabar jela.. Terus malas nak kerja..The End..

Thursday 16 May 2013

Saturday 11 May 2013

Hmm '

Oke exam tinggal 9 hari..makin nak exam makin banyak kerja kan.. redha jela.. tu semua tugas.. nak buat macam mane kan..

Sunday 28 April 2013

MeNcAri DiRi yAnG DulU :'(

Rindu time ni.. Hai kawan2, bilalah kita boleh jumpa lagi kan..Rindu dekat korang semua..Maaf kalau aku pergi lebih awal.. Ntah la, aku dah cube masa exam.. Mybe aku pun kurang study masa tu .. Aku taknak amik risiko teruskan sem 2. Hem.. Korang tetap kawan aku n aku xkan lupe kat korang. Masa ni just ada 2 orang lelaki je yang pergi shah alam.. Aku n ali.. Ali xde dalam gambar ni sebab dia amik gambar masa tu.. We are planters (budak ladang) ATT110.. Sebenarnya aku memang minat bahagian ladan (pertanian)m tapi entahlah kenapa macam ni, tak boleh tangkap belajar dalam bi n dengan nama saintifik lagi... Ini semua kenangan masa 2011. Selama ni aku tak pernah duduk asrama n hidup sendiri.. Then bila masuk uitm ni, aku belajar hidup berdikari n terutama x bergantung pada mak. Kalau tak selalu mak aku la yang basuh baju, sidai baju n gosok baju.. Haha.. Terukkan aku?? Aku sedar tahap mana je aku punya rajin masa duduk dengan family.. Apapun aku dapat beljar macam mana hidup n belajar dekat u.. N masalah utama aku masa belajar dulu ialah selalu bangun lambat ,mean kira liat nak bangun tido sampai lah sekarang aku form6 ni.. Tak tahu la kenapa payah sangat nak bangun awal.. Btw, aku tahu mesti mak aku kecewa sebab behenti u. Sebelum final exam sem 1 aku dah cakap dekat mak aku, aku dah buat yang termampu sebab masa belajar aku dah cakap tak boleh bawa sangat subjeknya.. Nak tahu subjek apa yang aku tak boleh bawa?? Ni ha dia chemistry, biology n business math.. Dlu masa form 4 aku amik chemist, biology n physic termasuk add math. Tapi 3 bulan je aku kat kelas sains tulen tu.. Then aku pindah masuk kelas sastera.. Tak boleh bawa aku subjek sains tulen tu.. Salah 1 nya bahasa inggeris memang kena pandai kalau nak amik subjek sains tulen tu.. Disebabkan aku kurang pandai bi salah 1 sebab jugak tak boleh bawa n tak paham sangat ayatnya.. Rasa  sedih dengan diri sendiri kenapa tak boleh bawak subjek masa kat u dulu.. Terawang-awang masa dekat sana n jauh dari family sebab first time idup sendiri. Now sekarang aku form6, dah sem 2 dah ni.. Tinggal 23 hari je nak final exam.. Serang tengah trial.. Still lagi main2 n kurang baca buku..  Ya Allah kenapa la aku macam ni, x tahu kenapa sejak  lepas spm malas betul nak belajar n baca buku.. Mana diri aku yang dulu pun tak tahu.. Dulu yang rajin mane?? Semakin teruk diri ni, solat pun syik tinggal je.. Senang cerita berapa kali je solat penuh.. Macam mana la nak berjaya klau diri sendiri pun tak ubah..Abah selalu ingatkan aku, belajar rajin2, nanti diri sendiri jugak yang senang.. Yes memang berul apa abah cakap tu, tapi aku?? aku buat ke semua tu? Tak buat pun.. Dalam kelas cikgu selalu cakap masa sastera melayu, bukan senang kita nak ubah diri kita sendiri. Tapi kalau kita tak try ubah sampai bila pun kita di takuk lama.. Seolah-olah orang yang bagi aku nasihat aku buat endah x endah je,, masuk telinga tangan keluar telinga kiri.. Padahal tinggal 3 minggu je nak exam ni..  Xkan la sebab perempuan aku jadi macam ni?? sebab perempuan tinggal kan aku, aku macam ni?? Ada jugak betulnya sebab aku rasa down kadang2 kenapa x pernah kekal.. Sokay la, lagipun aku dah xde awex or apa pun.. Sampai bila nak pikir semua ni bukan? Aku bukannya tak pandai, kalau spm boleh dapat result smpai masuk u.. Tak kan kali ni tak boleh.. Memang aku dah lupa pasal perempuan dah lama.. Kadang-kadang perasaan ni dah xde.. Dah mati bila banyak kali kecewa.. Dan sepatutnya aku fikirkan diri sendri dulu dari perkara tu.. Tapi bukan senang nak ubah diri sendiri, n aku harap orang dekat sekeliling aku boleh bagi advice kat aku n dapat aku ubah diri ni.. Lagi-lagi aku ni head prefect kat sek, xkan nak tunjuk diri ni malas?? Aku pun perlahan ubah diri ni.. Aku pun tak tahu apa la anak buah aku cakap kalau kadang2 aku datang sek lambat n ada tak bertugas.. Rasa busy sngat dengan form6 ni.. Apa pun aku terus tabah hadapi semua tu n yang paling penting aku nak jadi diri aku yang dulu.. Perasaan kecewa tu semua aku buang jauh2.. Abaikan semua yang tak penting.. Rasanya dah banyak sangat tulis.. Nanti sambung lagi.. <3 Muhasabah diri sendiri selalu aku buat ke mana aku nak jadi, berjaya ke tak dalam hidup ni disamaping menjadi orang yang baik n menjalankan perintah Allah.. Samapi sini jela.. TO BE CONTINUE....

Wednesday 24 April 2013

Hemmm...

Esok hari yang sangat penting..Harap semuanya berjalan dengan lancar.. Jumaat trial.. Ya Allah kuatkan semangatku.. Risau sangat ni...

Saturday 6 April 2013

Bagi aku istilah sayang tu dah lama xde dalam diri ni.. Hati ni dah lama mati sebenarnya.. Aku dah penat nak kenal dengan perempuan yang tak tahu nak hargai aku bila aku dah sayang dia... So, jalan terbaik x payah fikir lagi n diamkan diri.. Maybe 1 hari nanti aku pun akan bahagia macam orang lain.. Mungkin bukan sekarang.. Exam pun tinggal lagi sebulan je.. Study pun belum perfect lagi... Aku kena lupakan semuanya.. Lupakan apa yang tak patut difikirkan.. Aku akan cuba buang sikap malas tu n kurang kan buat benda yang tak berfaedah as facebook.. Aku yakin kalau aku berusaha ubah sikap aku boleh berjaya.. 

Thursday 4 April 2013

haish.. kenapa la makin hari makin malas ni... exam dah dekat.. kadang2 sifat malas tu buat aku rasa xde matlamat nak belajar.. dengan keadaan sek yang macam2 hak.. Ntah la xtau nak cakap macam mane.. seolah-olah semangat tudah hilang dalam diri ni...mkuat kan hati ku Ya Allah supaya aku sentiasa tabah menghadapi hidup ni.. Kenapa semangat tu hilang.. 

Thursday 28 March 2013

:)

Sokay la ,, xde awek pon x pew.. Yang penting sekarang tinggal setahun je aku form6, n lepas ni aku nak masuk degree.. Apa pun yang terjadi tahun ni,, aku mesti berusaha habis-habisan... Saya doakan orang yang dah tinggalkan saya tu bahagia.. Untuk kau juga zarith semoga bahagia.. Good luck girl... Take care..

Monday 11 March 2013

??

Bosan cari aku?? Haha.. Muka je cantik,,perangai?? Pelik aku tengok kau..

Saturday 23 February 2013

Semua Dah Berakhir..

Terima kasih sebab buat aku macam ni.. Macam tu perangai perempuan?? Bagusla kan.. Aku ni dah macam orang giler bayang dekat kau..Tapi kau? Hampeh.. Tak boleh pakai.. Bagus jugak aku tak amik kau kat mersing..Kalau tak kena tipu je la dengan perangai kau..Muka je cantik,,tapi hati?? Buang masa je rasa setia dengan kau.. Aku sayang kau sangat kau buat aku macam ni..Kau ingat aku ni tak ada perasaan ke wei!! Tengok jela berapa lama kau boleh bertahan dengan boy baru kau.. Aku betul2 tak paham dengan perangai kau.. Kenapa dari dulu cakap kawan je,,tak payah couple2... Sumpah klau macam ni lah cara kau dengan lelaki,,sampai bila  pun kau takkan bahagia,,Terima kasih sangat2.. Aku hargai kau seadanya,tapi kau?? Pergilah kau..Jangan datang lagi dalam hidup aku..

Thursday 7 February 2013

Kecewa!!

Xnak cakap apa,,aku kecewa dengan sikap orang yang aku sayang macam ni..Tak tahu kenpa dia mcam tu..Akutahu dia dah ada orang lain.. Sumpah kecewa sangat2...Ni balasan dia bile aku sayang kat dia...ok xpew..Aku terima semua ni...Thank pisha buat saya macam ni..

Thursday 31 January 2013

Semester 2

Asssalamulaikum & selamat sejahtera...Harap saudara & saudari yang kaki blogger sihat sentiasa..Dalam suasana di awal 2013 ni apa yang aku alami sekarang agak kelam kabut sikit...Nak cakap ni,,aku ni form six SMK Tunku Putra, Batu Pahat, Johor.. Semester 2 ni bagi aku sangat mencabar & memerlukan kesabaran yang amat tinggi sekali..Mana tidaknya, 4 subjek yang aku ambik semua ada tesis or assigment kalau nak sedap sikit bunyinya <3..Tapi senang cerita PBS (Penilaian Berasakan Sekolah). Sumpah stress, dah study semester 2 ni banyak assigment tambah lagitugas aku ketua pelajar sekolah...Wow gitu, boom!! Nak hadap budak2 sek yang kurang ajar.. Pelajar Melayu pulak tu semua.. Apa nak jadilah mereka ni,.Tapi tu semua tanggungjawab aku. Nak buat macam mana,dah cikgu yang pilih,aku jalankan lah tanggungjawab tersebut. Mengenai PBS Pengajian Am, borang soal selidik belom settle lagi. Boleh pulak last cikgu suruh tukar tajuk,tapi ok kot sebab tajuk yang aku amik tu agak susah..Pikiir & terus pikir idea-idea yang perlu dimasukkan untuk mencantikkan ayat untuk assigment ni..Kadang2 blur ada jugak nak buat kerja PBS ni,,nak xnak kena buat jugak sebab markah untuk semester 2 ni...Taknak sia-siakan 3 semesterni dengan result teruk..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan...Aminn~

Wednesday 30 January 2013

Pening

Tak tahu apa masalah budak2 sek aku ni,,siap x puas hati dengan aku..Kenapa wei?Aku buat kerja aku,,yang korang nak berdendam sangat ni kenapa? Ni sampai adik aku pon kau nak sebat sekali apa seyh?Tak puas hati cakap je,,jangan nak libatkan adik aku...

Monday 28 January 2013

Jangan Berubah!


Apa yang saya boleh cakap, saya memang sayang awak sangat. Dah lama saya tak sayang perempuan lepas putus dengan ex saya dulu. Takkan awak nak tinggalkan saya macam ex saya dulu?? Kalau awak dah tak nak saya lagi just bagitahu yang sebenarnya,, jangan buat saya macam ni awak.. Sejak awak pergi belajar ni awak dah berubah, 2 minggu je ok saya tengok, lepas 2 minggu awak dah nampak lain. Saya tahu awak study, saya pun study jugak. Walaupun saya busy, saya mesej awak jugak, saya tak pernah lupa kat awak. Awak tahu tak saya tunggu awak balik nak jumpa awak, kejap pun xpela. Tapi apa hampa yang saya dapat, saya tak paham nape tak boleh jumpa dekat rumah awak. Bukan selalu saya datang rumah awak. Kadang2 saya tak paham dengan awak, kenapa bila saya dah sayang, awak macam ni pulak? Awak dah berubah hati ke? Ke dah ada yang lain? Saya nak awak jujur je, jangan buat saya terseksa macam ni dengan cara layanan awak yang anggap saya macam bukan bf awak. Hati saya sakit bila awak buat macam ni. Saya tak tahu nak puaskan hati awak macam mane lagi..Saya dah cuba paham awak.. Saya akan cuba setia selagi awak setia dengan saya.. Saya harap awak tak mainkan perasaan saya. Saya tak kesah awak nak kwan dengan siapa,, tapi tolong jangan layan lebih sangat, saya tak nak dia n awak ada perasaan antara 1 sama lain. Saya tahu awak jauh,, saya ni dekat sini je awak. Saya terima awak seadanya, ye saya sedar saya ni budak kampung jew. Saya risau awak bosan dengan saya, saya bukan jenis lelaki yang romantik.. Saya harap awak hargai yang saya sayang awak.. Kalau awak ada masalah cerita jela kat saya,, saya sedia mendengar.. Maaf atas kekurangan diri saya.. Jaga diri baik-baik bila kat tempat orang.

Siapalah Saya Di Hati Awak

Friday 25 January 2013

Cinta Dalam Persahabatan :)



ramai yang menasihati,
kalau mencintai,
biarlah tanpa sebab di hati,
tapi kerana Ilahi :)
namun tak ramai yang berkata,
dalam bersahabat perlu sedemikian jua,
biarlah tanpa alasan di dada,
tapi dipenuhi dengan asbab Pencipta!

ya, tak ramai yang menghayati erti persahabatan..selalu orang buat rentetan peristiwa kebetulan perancangan manusia yang bersamaan dengan tertulis takdir dalam perancangan Allah tentang hal hati dan perasaan, bersatunya dua hati..tak selalu orang hayati dan kenang balik kebetulan yang Allah takdirkan dalam persahabatan :)

eh, macammana dulu eh aku boleh bersahabat dengan dia? macammana eh even sakit hati banyak tetap dia sahabat aku! macammana pulak bila kesekian kali aku dan dia berselisih tetap akan ada perkara yang mendamaikan kami kembali! hebatnya tautan sahabat dan tautan kasih serta tautan ukhwah yang Allah hadiahkan..bukan seorang, bukan bersatunya dua hati, tapi bersatunya banyak hati yang berlainan walau hakikatnya darah sumer merah -.-

sebenarnya, rentetan bersahabat banyak persamaan dengan percintaan..kenapa? eh, dulu si A kawan dengan B kan, sekarang B kawan dengan D la, A pulak kawan dengan F..alaa, tak serasi la tu A dengan B :) seeeee? nampak tak Allah pom temukan kita dengan sahabat yang salah supaya kita lebih menghargai sahabat yang serasi dengan kita..eh eh, dulu aku tak terfikir pom nak kawan dengan kau, aku tak penah terlintas pom akan jadi bff kau! seeee? penah kita terlintas nak bercinta dengan si F bila hakikatnya Allah temukan kita dengan dia :) eh eh, perasan tak kita penah gaduh besar dulu sebab orang ketiga, dengki sebab aku kawan dengan kau, tapi akhirnya kita jadi rapat balik macam biasa..seeeeeee? kalau dah jodoh, masuk la orang ketiga keempat pom tetap akan bersama jua sebab Allah kan lagi tahu dengan siapa kita sesuai :)

Wednesday 9 January 2013

Hai anje...

I hope you don't forget me..
Last jumpa sebelum dia pergi study dekat Mersing...Jangan lemah ye kat sana..Must strong ok..Saya doakan kejayaan awak dekat ILP...Study betul2...Yakin dengan diri awak yang awak boleh buat...InsyaAllah 1 hari nanti kita jumpa lagi...Hope awak tak lupa saya...