Sunday 23 August 2015

Jujur Aku Rindu Kamu

Selamat petang semua, ...
    Mungkin aku bukan sempurna di mata dia, mungkin juga dia dah tawar hati denganku. Adakah masih ada ruang aku dalam hatinya. Mungkinkah aku akan bersama dia untuk selamanya. Sesungguhnya, aku sangat menyayanginya, sangat mencintainya sepenuh hati ini. Tak ada apa lagi yang aku boleh katakan padanya, aku ingin bersamanya selamanya. Kalau lah dia tahu apa yang ada dalam hati ini.
    Walaupun aku tahu aku selallu meyakiti hatinya, maafkan aku sayang. Maafkan selama ini aku tidak menjaga hatimu. Aku nak jumpa bila kau balik nanti. Ada benda aku nak cakap dengan kau nanti. Jika kau ada yang lain aku redha, mungkin itu pilihan kati kau.. Aku boleh doakan kau bahagia dengan siapa pun yang kau mahu.  Biarlah aku dengan hati ini, hancur atau tak perasaan ini, aku yang tahu.
     Mungkin kau dah berjaya, aku ni tak ada apa. Aku akan beusaha untuk semua tu kalau diizinkan kita bersama nanti. Kalau kita tak ada jodoh, mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau sayang.AKU CUMA NAK KAU TAHU , AKU SAYANG HUBUNGAN KITA.
     Akhir kata, maaf jika aku tak sempurna.