Thursday 31 January 2013

Semester 2

Asssalamulaikum & selamat sejahtera...Harap saudara & saudari yang kaki blogger sihat sentiasa..Dalam suasana di awal 2013 ni apa yang aku alami sekarang agak kelam kabut sikit...Nak cakap ni,,aku ni form six SMK Tunku Putra, Batu Pahat, Johor.. Semester 2 ni bagi aku sangat mencabar & memerlukan kesabaran yang amat tinggi sekali..Mana tidaknya, 4 subjek yang aku ambik semua ada tesis or assigment kalau nak sedap sikit bunyinya <3..Tapi senang cerita PBS (Penilaian Berasakan Sekolah). Sumpah stress, dah study semester 2 ni banyak assigment tambah lagitugas aku ketua pelajar sekolah...Wow gitu, boom!! Nak hadap budak2 sek yang kurang ajar.. Pelajar Melayu pulak tu semua.. Apa nak jadilah mereka ni,.Tapi tu semua tanggungjawab aku. Nak buat macam mana,dah cikgu yang pilih,aku jalankan lah tanggungjawab tersebut. Mengenai PBS Pengajian Am, borang soal selidik belom settle lagi. Boleh pulak last cikgu suruh tukar tajuk,tapi ok kot sebab tajuk yang aku amik tu agak susah..Pikiir & terus pikir idea-idea yang perlu dimasukkan untuk mencantikkan ayat untuk assigment ni..Kadang2 blur ada jugak nak buat kerja PBS ni,,nak xnak kena buat jugak sebab markah untuk semester 2 ni...Taknak sia-siakan 3 semesterni dengan result teruk..Semoga Allah mempermudahkan segala urusan...Aminn~

Wednesday 30 January 2013

Pening

Tak tahu apa masalah budak2 sek aku ni,,siap x puas hati dengan aku..Kenapa wei?Aku buat kerja aku,,yang korang nak berdendam sangat ni kenapa? Ni sampai adik aku pon kau nak sebat sekali apa seyh?Tak puas hati cakap je,,jangan nak libatkan adik aku...

Monday 28 January 2013

Jangan Berubah!


Apa yang saya boleh cakap, saya memang sayang awak sangat. Dah lama saya tak sayang perempuan lepas putus dengan ex saya dulu. Takkan awak nak tinggalkan saya macam ex saya dulu?? Kalau awak dah tak nak saya lagi just bagitahu yang sebenarnya,, jangan buat saya macam ni awak.. Sejak awak pergi belajar ni awak dah berubah, 2 minggu je ok saya tengok, lepas 2 minggu awak dah nampak lain. Saya tahu awak study, saya pun study jugak. Walaupun saya busy, saya mesej awak jugak, saya tak pernah lupa kat awak. Awak tahu tak saya tunggu awak balik nak jumpa awak, kejap pun xpela. Tapi apa hampa yang saya dapat, saya tak paham nape tak boleh jumpa dekat rumah awak. Bukan selalu saya datang rumah awak. Kadang2 saya tak paham dengan awak, kenapa bila saya dah sayang, awak macam ni pulak? Awak dah berubah hati ke? Ke dah ada yang lain? Saya nak awak jujur je, jangan buat saya terseksa macam ni dengan cara layanan awak yang anggap saya macam bukan bf awak. Hati saya sakit bila awak buat macam ni. Saya tak tahu nak puaskan hati awak macam mane lagi..Saya dah cuba paham awak.. Saya akan cuba setia selagi awak setia dengan saya.. Saya harap awak tak mainkan perasaan saya. Saya tak kesah awak nak kwan dengan siapa,, tapi tolong jangan layan lebih sangat, saya tak nak dia n awak ada perasaan antara 1 sama lain. Saya tahu awak jauh,, saya ni dekat sini je awak. Saya terima awak seadanya, ye saya sedar saya ni budak kampung jew. Saya risau awak bosan dengan saya, saya bukan jenis lelaki yang romantik.. Saya harap awak hargai yang saya sayang awak.. Kalau awak ada masalah cerita jela kat saya,, saya sedia mendengar.. Maaf atas kekurangan diri saya.. Jaga diri baik-baik bila kat tempat orang.

Siapalah Saya Di Hati Awak

Friday 25 January 2013

Cinta Dalam Persahabatan :)



ramai yang menasihati,
kalau mencintai,
biarlah tanpa sebab di hati,
tapi kerana Ilahi :)
namun tak ramai yang berkata,
dalam bersahabat perlu sedemikian jua,
biarlah tanpa alasan di dada,
tapi dipenuhi dengan asbab Pencipta!

ya, tak ramai yang menghayati erti persahabatan..selalu orang buat rentetan peristiwa kebetulan perancangan manusia yang bersamaan dengan tertulis takdir dalam perancangan Allah tentang hal hati dan perasaan, bersatunya dua hati..tak selalu orang hayati dan kenang balik kebetulan yang Allah takdirkan dalam persahabatan :)

eh, macammana dulu eh aku boleh bersahabat dengan dia? macammana eh even sakit hati banyak tetap dia sahabat aku! macammana pulak bila kesekian kali aku dan dia berselisih tetap akan ada perkara yang mendamaikan kami kembali! hebatnya tautan sahabat dan tautan kasih serta tautan ukhwah yang Allah hadiahkan..bukan seorang, bukan bersatunya dua hati, tapi bersatunya banyak hati yang berlainan walau hakikatnya darah sumer merah -.-

sebenarnya, rentetan bersahabat banyak persamaan dengan percintaan..kenapa? eh, dulu si A kawan dengan B kan, sekarang B kawan dengan D la, A pulak kawan dengan F..alaa, tak serasi la tu A dengan B :) seeeee? nampak tak Allah pom temukan kita dengan sahabat yang salah supaya kita lebih menghargai sahabat yang serasi dengan kita..eh eh, dulu aku tak terfikir pom nak kawan dengan kau, aku tak penah terlintas pom akan jadi bff kau! seeee? penah kita terlintas nak bercinta dengan si F bila hakikatnya Allah temukan kita dengan dia :) eh eh, perasan tak kita penah gaduh besar dulu sebab orang ketiga, dengki sebab aku kawan dengan kau, tapi akhirnya kita jadi rapat balik macam biasa..seeeeeee? kalau dah jodoh, masuk la orang ketiga keempat pom tetap akan bersama jua sebab Allah kan lagi tahu dengan siapa kita sesuai :)

Wednesday 9 January 2013

Hai anje...

I hope you don't forget me..
Last jumpa sebelum dia pergi study dekat Mersing...Jangan lemah ye kat sana..Must strong ok..Saya doakan kejayaan awak dekat ILP...Study betul2...Yakin dengan diri awak yang awak boleh buat...InsyaAllah 1 hari nanti kita jumpa lagi...Hope awak tak lupa saya...